Berkongsi Detik Indah Walau Terpisah Jauh

2023-09-29 14:45:29  CRI
Share with:

Pesta Kuih Bulan membawakan aspirasi orang China terhadap penyatuan, keharmonian dan rasa cinta terhadap keluarga dan bangsa. 

Sempena perayaan tradisional tersebut setiap tahun, Presiden Xi Jinping akan menziarahi rakyat, berbual-bual dengan mereka, mendengar suara rakyat, memberikan mogaan baik kepada mereka dan bersama-sama rakyat menghayati pesona budaya tradisional.

Sehari sebelum Pesta Kuih Bulan pada 1986, Xi Jinping yang menyandang jawatan Naib Datuk Bandar Xiamen, berbasikal dan membawa dua kotak kuih bulan pergi ke Universiti Xiamen untuk menyambut pesta itu bersama-sama mahasiswa. Ini membuatkan mahasiswa yang meninggalkan kampung halaman berasa seolah-olah di rumah sendiri.

Pada tahun-tahun ini, Xi sentiasa mengingati mereka yang meninggalkan kampung halaman, ketika perayaan tradisional dan akan mengirim mogaan baik kepada mereka.

Menjelang Pesta Kuih Bulan pada 2015, Presiden Xi menghadiri jamuan anjuran persatuan perantau China Amerika Syarikat (AS) di Seattle dan menyampaikan mogaan baik kepada keturunan Cina di bandar itu. "Aku membawa kuih bulan, dan inilah cenderamata dari rakyat China," kata Xi.