MV "Hati ke Hati" Suarakan Aspirasi terhadap Persahabatan dan Keamanan

2023-10-01 13:41:25  CRI
Share with:

Zheng merupakan alat muzik tradisional China dan diperkenalkan ke beberapa negara melalui Jalan Sutera pada zaman Dinasti Han dan Tang. Lama kelamaan, Zheng menjadi alat muzik yang mempunyai ciri tersendiri di negara-negara berkenaan. 

Sempena Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, MV bertajuk "Hati ke Hati" yang dikeluarkan oleh Kumpulan Media China (CMG) buat kali pertama menghimpunkan alat muzik Zheng dari China, Jepun, Korea Selatan, Mongolia dan Vietnam. 

Ahli muzik dari kelima-lima negara itu menggunakan alat muzik bagi bersorak untuk atlet, di samping menyuarakan aspirasi rakyat pelbagai negara di Asia terhadap persahabatan dan keamanan.