Pegawai Britain ke Ukraine akan Jadi Sasaran Serangan: Medvedev

2023-10-02 12:58:29  CRI
Share with:

Naib Pengerusi Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia, Dmitry Medvedev menyatakan semalam bahawa pegawai ketenteraan Britain yang terlibat dalam latihan di Ukraine akan menjadi sasaran serangan yang sah.  

Di samping itu, beliau juga mengkritik beberapa negara Barat menegangkan konflik Rusia dengan Ukraine dan sedang mendorong masyarakat antarabangsa ke kancah peperangan.

Baru-baru ini, Setiausaha Pertahanan Britain, Grant Shapps menyatakan bahawa pihaknya kemungkinan akan menghantar pegawai ketenteraan ke Ukraine untuk melatih askar tempatan.