Sekurang-kurangnya Lima Maut Bumbung Gereja Runtuh di Mexico

2023-10-02 11:56:41  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam insiden bumbung runtuh di sebuah gereja di Madero City, Mexico pada 1 Oktober waktu tempatan, menurut laporan Reuters dan Agensi Berita Perancis (AFP).

Walau bagaimanapun, laporan AFP memetik kenyataan jurucakap kerajaan negeri Tamaulipas sebagai berkata bahawa "tujuh orang maut dalam insiden itu, dan 10 mangsa cedera telah diselamatkan". Jurucakap itu berkata bahawa beberapa orang masih terperangkap dalam runtuhan.