Misi Chang'e-5 China Diberi Anugerah Pasukan Lawrence
Anugerah Pasukan Lawrence diberikan kepada pasukan misi Chang'e-5 China dalam Persidangan Astronautikal Antarabangsa Ke-74 (IAC) di Baku, Azerbaijan pada 1 Oktober.
Ketua arkitek misi Chang'e-5, Hu Hao, bersama-sama wakil-wakil dari pasukannya menghadiri upacara penganugerahan tersebut.
Pada masa sama, beliau mengumumkan bahawa sampel Bulan yang dibawa balik oleh prob Chang'e-5 akan dibuka untuk penyelidikan antarabangsa. Beliau mengalu-alukan para saintis dari seluruh dunia untuk bersama-sama menyertai kerja penyelidikan dan berkongsi hasilnya.
Chang'e-5 adalah misi pemulangan sampel Bulan tanpa pemandu pertama yang dijalankan oleh China, dan ia juga projek teknologi angkasa yang paling rumit serta dilengkapi teknik terhebat di negara ini pada masa itu.
Misi Chang'e-5 berjaya membawa pulang 1,731 gram sampel tanah Bulan, mewujudkan misi pengambilan sampel Bulan tanpa pemandu dengan jumlah sampel paling berat di dunia.
Misi Chang'e-5 meletakkan asas untuk pembinaan stesen peneronaan Bulan tanpa pemandu dan misi pendaratan manusia di Bulan untuk masa hadapan.
Untuk rekod, Tujuan Anugerah Pasukan Lawrence adalah untuk menghargai . Pencapaian pasukan Chang'e-5 dalam inovasi teknologi, penemuan sains, dan kerjasama antarabangsa telah mendapat pengiktirafan tinggi dari rakan saintis sedunia.
Untuk rekod, Anugerah Pasukan Lawrence yang diperkenalkan pada tahun 2001, merupakan penghormatan tertinggi yang diberikan oleh Akademi Astronautik Antarabangsa (IAA) kepada pasukan projek penerbangan angkasa yang mencapai kejayaan luar biasa.