Keganasan Senjata Api Pembunuh Terbesar Juvenil di AS

2023-10-03 11:27:06  CRI
Share with:

Keganasan senjata api berleluasa di Amerika Syarikat (AS), dan semakin ramai juvenil menjadi mangsa di kuasa terbesar dunia itu. 

Menurut data statistik terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), keganasan senjata api telah mengatasi kemalangan trafik dan menjadi "pembunuh nombor satu" bagi golongan kanak-kanak dan remaja di negara itu.

Menurut statistik pusat itu, seramai 2,279 kanak-kanak dan remaja terbunuh dalam pembunuhan berkaitan senjata api di seluruh AS pada tahun 2021. Angka ini meningkat dua kali ganda berbanding sepuluh tahun lalu. 

Manakala hanya dalam tiga tahun iaitu tahun 2019 hingga 2021, angka itu meningkat sebanyak 50 peratus. 

Menurut laporan media tempatan, kira-kira 19 peratus daripada punca kematian di kalangan kanak-kanak dan remaja di AS adalah keganasan senjata api pada tahun 2021.