IAC Ke-74 Tumpukan Kerjasama Aeroangkasa Antarabangsa

2023-10-03 15:03:21  CRI
Share with:

Persidangan Astronautikal Antarabangsa (IAC) ke-74 membuka tirainya di Baku, ibu kota Azerbaijan pada Isnin, disertai lebih 5,000 pakar dan sarjana dari lebih 100 negara.

Dalam upacara perasmian persidangan, disiarkan video ucapan tahniah dan salam daripada tiga angkasawan China, iaitu Jing Haipeng, Zhu Yangzhu dan Gui Haichao, yang sedang bertugas di stesen angkasa Tiangong. Mereka turut menunjukkan gambar tentang Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev menemani ayahandanya Heydar Aliyev menyertai IAC ke-24 di Baku pada 1973, mengundang respons hangat di persidangan tersebut.

Ilham Aliyev menyampaikan ucapan terima kasih kepada angkasawan China. Beliau mengatakan, persidangan kali ini akan memajukan pembangunan aeroangkasa dunia, sekali gus memberikan sumbangan kepada usaha aeroangkasa, teknologi canggih dan pembangunan modeniasasi di Azerbaijan.

IAC selama lima hari ini dianjurkan oleh Persekutuan Astronautikal Antarabangsa (IAF) dan diselenggarakan oleh Lembaga Angkasa Azerbaijan. 

Di ruang pameran China seluas 400 meter persegi, akan dipamerkan kejayaan aeroangkasa China.