Sokongan Dana Tambahan kepada Ukraine Gagal Diluluskan di Kongres AS

2023-10-04 14:48:43  CRI
Share with:

Permohonan pemerintah Biden untuk menambah sokongan dana kepada Ukraine gagal diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

White House, Pentagon dan Jabatan Negara menyatakan bahawa kebanyakan dana sumbangan AS kepada Ukraine telah dihabiskan. Keadaan kesiapsiagaan tentera AS akan terjejas sekiranya keadaan pada masa ini berterusan. 

Sementara itu, suara yang menentang sokongan ketenteraan kepada Ukraine juga bertambah di Eropah dan Amerika Latin sejak mutakhir ini.