Ekspo Hortikultur Antarabangsa Doha Bina Zon Pameran Khas China

2023-10-04 12:58:41  CRI
Share with:

Ekspo Hortikultur Antarabangsa Doha 2023 dibuka kepada awam pada Selasa. Ekspo yang dirasmikan pada Isnin itu merupakan julung-julung kalinya ekspo hortikultur peringkat A1 dianjurkan oleh negara Asia Barat dan Afrika Utara.

Bertapak di Taman Bidda, di pusat bandar Doha, ekspo kali ini terdiri daripada tiga ruang pameran, iaitu ruang antarabangsa, kebudayaan dan keluarga. 

Di ruang kebudayaan, pihak penganjur telah mendirikan satu zon khas seluas 500 meter persegi untuk mempamerkan warisan budaya dan seni tidak ketara dari China. 

Selain itu, persembahan kesenian China termasuk tarian, alat muzuik tradisional, lukisan, nyanyian, dan tarian singa akan diadakan di ruang persembahan seluas 1,500 meter persegi setiap hari, dalam tempoh sebulan akan datang.

Bertemakan "Green Desert, Better Environment", Ekspo Hortikultur Antarabangsa Doha 2023 bertujuan untuk menggalakkan masyarakat antarabangsa memperlahankan proses penggurunan melalui solusi inovatif, di samping membangkitkan perhatian dan kesedaran orang awam terhadap alam sekitar dan perlindungan alam sekitar, menyeru masyarakat antarabangsa bertindak melindungi alam sekitar.