Kevin McCarthy Dipecat Jawatan Speaker Dewan Perwakilan AS

2023-10-04 14:50:01  CRI
Share with:

Kevin McCarthy dipecat jawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) dalam usul undian yang diadakan di Dewan Perwakilan pada Selasa.

Kevin McCarthy yang dari Parti Republikan disingkirkan daripada kerusi itu dengan 216 undi setuju dan 210 undi menentang. 

Ini menjadikan McCarthy Speaker yang pertama dilucut jawatan melalui undian dalam sejarah negara itu.

Dalam pada itu, ahli Dewan Perwakilan, Patrick McHenry dilantik sebagai Speaker sementara atau pemangku Speaker.