China Beri Amaran kepada Empat Kapal Filipina yang Masuk Perairan Terumbu Ren'ai Secara Haram

2023-10-05 12:47:50  CRI
Share with:

Dua kapal pembekal dan dua kapal pengawal pantai Filipina memasuki perairan Terumbu Ren'ai, Kepulauan Nansha China secara haram pada 4 Oktober. Anggota Pengawal Pantai China memberi amaran kepada empat kapal Filipina itu, mengawasi dan mengawal pelayaran kapal-kapal terlibat. 

Demikian dikatakan jurucakap Pentadbiran Pengawal Pantai China, Gan Yu. 

Beliau menegaskan bahawa China mempunyai kedaulatan sah terhadap Kepulauan Nansha dan perairan sekitarnya termasuk Terumbu Ren'ai. China mementang keras Filipina menghantar bahan binaan ke kapal yang terkandas di terumbu itu secara haram.