Penghantaran Barangan Kereta Api China-Laos Catat 26.8 Juta Tan
Perkhidmatan kereta api China-Laos telah menghantar sebanyak 26.8 juta tan barangan sejak ia dilancarkan 22 bulan dahulu. Antaranya, penghantaran barang rentas sempadan berjumlah 5.5 juta.
Demikian maklumat dari Biro Kunming Kereta Api China pada Rabu.
Menurut statistik, buah-buahan antara barangan yang paling banyak dihantar melalui kereta api rentas sempadan itu.
Buah-buahan tropika dari Asia Selatan dan Asia Tenggara seperti Thailand dan Laos dapat dihantar ke pasaran China melalui perkhidmatan kereta api itu.
Sehingga 3 Oktober lalu, jumlah penghantaran buah-buahan dan sayur-sayuran melalui Kereta Api China-Laos mencatat 83,500 tan. Antaranya, jumlah buah-buah import mencatat 72,500 tan, jumlah eksport buah-buahan dan sayur-sayuran mencatat 11 ribu tan, dan jumlah nilainya mencecah RMB2.2 bilion (RM1.41 bilion).
Selain itu, jumlah penghantaran barangan oleh Kereta Api China-Laos meningkat dengan besar sejak awal tahun ini, mencatat lebih 14 juta tan sehingga penghujung September.
Antaranya jumlah penghantaran barangan rentas sempadan mencatat lebih 3 juta tan, meliputi 12 negara yang menyertai inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) termasuk Laos, Thailand, Vietnam dan Myanmar.