Dari Cetak Biru ke Pelan Tindakan - Episod 01: Kazakhstan ‘Akses’ ke Lautan Pasifik

2023-10-05 18:05:24  CRI
Share with:

“Inilah usaha yang akan memberikan manfaat kepada rakyat di negara-negara terbabit.”

Presiden China Xi Jinping berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk "Mewariskan Persahabatan Sesama Rakyat, Mencipta Masa Depan Indah Bersama", di Universiti Nazarbayev Kazakhstan pada 7 Sept. 2013.

Pada ketika itu, beliau menganjurkan inisiatif "Jalur Ekonomi Jalan Sutera" untuk julung-julung kalinya, dan Kazakhstan menjadi tempat penganjuran inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).