Program "UN Insider" Jadi Tumpuan

2023-10-06 13:26:40  CRI
Share with:

 Program khas "UN Insider" terbitan Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan mutakhir ini. Sebagai satu-satunya program televisyen yang melaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), "UN Insider" memfokuskan hal ehwal organisasi antarabangsa itu, di samping mencadangkan konsesp pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, dan menyumbang kebijaksanaan, pelan dan tenaga China kepada tadbir urus global. 

Program "UN Insider" mendapat tumpuan ramai penonton selepas ia disiarkan. Semasa Perhimpunan Agung ke-78 PBB, beberapa pegawai kanan PBB, pemimpin negara dan ketua kerajaan telah menonton program itu dan memberi penilaian tinggi.

Presiden Perhimpunan Agung ke-78 PBB, Dennis Francis berpendapat bahawa keinklusifan merupakan falsafah penting PBB dan Perhimpunan Agung.

Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun berkaka, program "UN Insider" diyakini akan membuka tingkap baharu bagi penonton dari seluruh dunia untuk mendekati PBB, supaya lebih memahami PBB dan diplomasi multilateral, di samping mengetahui kedudukan, peranan, pendirian dan sumbangan Chiina di arena antarabangsa.

Difahamkan, program "UN Insider" disiarkan seminggu sekali, akan berkisar mengenai isu-isu hangat global, aktiviti PBB di serata dunia, kegiatan wakil China di PBB, serta pertumbuhan ekonomi, perubahan iklim, perubatan, pembasmian kemiskinan, pendidikan, pembangunan mampan dan lain-lain.