Di Manakah Kredibiliti dan Persuasif Demokrasi Ala AS?

2023-10-06 15:18:57  CRI
Share with:

Kevin McCarthy disingkirkan daripada kerusi Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) dalam usul undian yang diadakan di Dewan Perwakilan pada Selasa. Beliau yang hanya menyandang jawatan itu selama sembilan bulan dipecat dengan 216 undi setuju dan 210 undi menentang. 

Media AS yang terkejut dengan keputusan itu mengulas bahawa "Dewan Perwakilan mengalami huru hara", "Parti Republikan hilang kawalan", dan "ini tidak pernah berlaku dalam sejarah AS". 

Ekoran tumbangnya ahli politik nombor tiga, perbalahan politik antara Republikan dan Demokratik malah perselisihan dalaman parti akan menjadi semakin sengit dan membawa lebih banyak pergolakan kepada arena politik negara itu.

McCarthy merupakan speaker Dewan Perwakilan yang pertama dipecat dalam sejarah AS, dan puncanya adalah persengketaan parlimen mengenai usul peruntukan.

Pada 30 September lalu, McCarthy pada saat akhir memutuskan untuk bersama-sama Parti Demokratik untuk meluluskan usul peruntukan sementara. Usul itu tidak mengandungi perkara yang dikemukakan oleh pihak konservatif Parti Republikan tentang pengurangan belanjawan kerajaan persekutuan secara besar-besaran dan peningkatkan kawalan di kawasan sempadan. Ini meningkatkan pertentangan antara McCarthy dengan pihak konservatif dalam Parti Republikan.

Perbalahan antara parti dan perselisihan dalaman parti menjadi punca penting bagi pelucutan jawatan McCarthy kali ini. Sikap partisan tetap menjadi tema dalam politik di AS. Hakikat sikap partisan adalah“politik veto”, iaitu memveto apa yang dibuat oleh pihak lain tetapi bukan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan fakta.

Dipandang dari susun atur kuasa Dewan Perwakilan pada masa ini, sikap partisan dalam Parti Republikan memainkan peranan utama bagi pepemecatan jawatan McCarthy kali ini. Disebabkan sikap partisan, beberapa orang anggota ultrakonservatif dapat mempengaruhi calon speaker Dewan Perwakilan. Apabila politik AS hanya berkhidmat untuk segelintir orang dan demokrasi ala AS menjadi "permainan kuasa", di manakah lagi kredibiliti dan persuasif demokrasi ala AS?