Dari Cetak Biru ke Pelan Tindakan - Episod 02: Pembaikpulihan Kota Kuno Khiva

2023-10-06 18:35:24  CRI
Share with:

“Aku sudi bayar emas sekarung, untuk melihat kota Khiva.”

Pepatah kuno Asia Tengah tersebut menceritakan kegemilangan kota Khiva pada zaman dahulu.

Sebagai kota penting di Jalan Sutera kuno, kota Khiva adalah tempat perhimpunan saudagar dan barangan, dan menjadi saksi kepada kemakmuran laluan perdagangan kuno itu.

Pada 2022, Presiden China, Xi Jinping ketika melawat Uzbekistan, menghadiahkan Presiden Shavkat Miromonovich Mirziyoyev satu cenderahati yang unik, iaitu miniatur kota Khiva yang dibaikpulih bersama oleh pakar kedua-dua negara.

Kota kuno Khiva ialah projek perlindungan warisan budaya yang dijalankan China di Asia Tengah.

Melalui kerja pembaikpulihan selama enam tahun, 'doktor artifak' dari China bersama-sama pakar dan penduduk tempatan, mengembalikan keaslian kota kuno Khiva.