Pemimpin EU Gagal Capai Kata sepakat mengenai Isu PATI
Mesyuarat tidak rasmi pemimpin Kesatuan Eropah selama sehari berakhir di Granada, selatan Sepanyol pada Jumaat waktu tempatan. Para pemimpin telah menjalankan perbincangan mengenai strategi jangka panjang EU, penambahan anggotanya dan isu pendatang asing tanpa izin (PATI), namun gagal mencapai persepekatan tentang isu PATI.
Isu PATI yang merupakan antara isu yang paling hangat diperdebatkan, tidak terkandung dalam Perisytiharan Granada yang dikeluarkan selepas berakhirnya mesyuarat itu, dan hanya boleh dibaca dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel atas nama perseorangan.
Menurut maklumat lain, para pemimpin EU akan meneruskan perbincangan mengenai isu PATI sempena Sidang Kemuncak EU di Brussels pada 26 dan 27 Oktober.