BRI Bantu Wujudkan Matlamat Agenda Pembangunan Mampan PBB

2023-10-07 13:08:55  CRI
Share with:

Pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) adalah perjuangan yang mengagumkan dan berpotensi besar dalam usaha membantu dan menyokong pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

Demikian ujar Pengerusi Perhimpunan Agung PBB ke-78, Dennis Francis.

Pada saat menyambut ulang tahun ke-10 BRI, terdapat beberapa pegawai PBB yang memberi anggapan bahawa BRI berperanan mendorong negara-negara membangun berkembang bersama sekali gus membekalkan sokongan kuat kepada usaha untuk mewujudkan matlamat PBB dalam pembangunan mampan.

Zoritsa Urosevic, Ketua Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) menyatakan bahawa China sedang berusaha menggalakkan negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan BRI berkongsi sumber pelancongan dan menjalankan kerjasama berkenaan, agar menggerakkan pemulihan industri pelancongan melalui pelaburan, kerjasama teknikal, latihan dan pertukaran.

Pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Achim Steiner pula menyatakan bahawa BRI dan Inisiatif Pembangunan Sejagat mendapat sambutan baik dalam lingkungan yang luas kerana setepatnya memenuhi keperluan banyak negara terhadap pembangunan. Peruntukan China terhadap negara-negara membangun menjadi sumbangan penting kepada pemulihan ekonomi pelbagai negara pasca wabak COVID-19.