Dunia Terkesan dalam Air Tercemar Nuklear yang Dibuang Jepun ke Laut
China berasa tidak puas hati berhubung tindakan Jepun yang secara sepihak memulakan pembuangan air tercemar Loji Janakuasa Nuklear Fukushima ke laut untuk pusingan kedua tanpa mengambil kira bantahan dari masyarakat antarabangsa yang dilihat sebenarnya berdegil mengalihkan risiko pencemaran nuklear kepada seluruh dunia.
Demikian dinyatakan jurucakap Kedutaan Besar China ke Jepun kelmarin.
Dimaklumkan, pembuangan air tercemar nuklear yang bersangkut dengan kebersihan perairan dan kesihatan seluruh manusia, sama sekali bukan hanya urusan dalaman Jepun, dan tidak boleh diputuskan oleh satu negara sahaja. Tokyo didesak berhemah mengambil kira bantahan dan keprihatinan dari dalam dan luar negeri, bersungguh-sungguh mengadakan rundingan dan interaksi dengan negara jiran supaya dapat membentuk mekanisme pemantauan antarabangsa yang pantas pada jangka masa panjang berdasarkan penglibatan negara jiran yang berkepentingan, dan memikul tanggungjawab yang wajar ketika menangani air tercemar nuklear.