Dari Cetak Biru ke Pelan Tindakan - Episod 03: Perusahaan Keluli China, Serbia Ikat Kerjasama Rapat

2023-10-07 18:41:43  CRI
Share with:

Di lokasi lebih 40 kilometer dari tenggara Belgrade, ibu negara Serbia, terdapat sebuah kota kecil bernama Smederevo dengan populasi lebih 100,000 orang.

Ditubuhkan pada 1913, Kilang Keluli Smederevo digelar ‘kebanggaan Serbia’. Namun, kilang keluli itu mengalami kerugian malah hampir bankrap akibat persaingan pasaran yang semakin sengit dan pengurusan yang kurang cekap.

Apabila lebih 5,000 pekerja berasa tidak berupaya, Kumpulan HBIS China memperuntukkan modal untuk menubuhkan Syarikat Keluli Serbia HBIS pada April 2016.

Dua bulan kemudian, Presiden China Xi Jinping membuat lawatan ke kilang keluli baharu itu.

Presiden Xi dalam ucapannya menyifatkan kerjasama perusahaan China dan Serbia itu menyingkap lembaran baharu kerjasama kapasiti pengeluaran  antara kedua-dua negara.

Syarikat Keluli Serbia HBIS aktif melibatkan diri dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan globalisasi ekonomi.

Kebangkitan semula kilang keluli itu turut mendinamikkan bandar Smederevo.