China Bantah Serangan Dron terhadap Syria
2023-10-08 14:08:00 CRI
China membantah sekeras-kerasnya kegiatan keganasan dalam semua bentuk.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China ketika mengulas serangan dron berani mati yang dilancarkan terhadap Akademi Ketenteraan Homs di Syria pada 7 Oktober.
Setelah mengutuk serangan tersebut, jurucakap itu menzahirkan takziah kepada mangsa yang terkorban, dan mengucapkan simpati kepada keluarga mangsa dan orang yang cedera.
Setakat ini, lebih 80 orang dilaporkan terkorban dan lebih 200 lagi cedera.