Kemakmuran Pengunaan Sempena Cuti Hari Kebangsaan Refleksi Pemulihan Ekonomi

2023-10-08 14:28:09  CRI
Share with:

Dalam tempoh percutian panjang bagi menyambut Pesta Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan yang baru berakhir, pasaran penggunaan di China menunjukkan prestasi yang makmur dengan jumlah pelancong inbound meningkat 4.1% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019 dengan mencatat 826 juta orang, kutipan tiket filem mencecah RMB2.73 bilion (RM1.76 bilion), dan jumlah penumpang kereta api direkod 160 juta orang. Laman sesawang akhbar Jerman, Frankfurter Allgemeine Zeitung menyatakan bahawa keghairahan keluar melancong boleh dilihat sebagai tanda pemulihan ekonomi China.

Kementerian Perdagangan China mengeluarkan maklumat pada 6 Oktober lalu bahawa dalam tempoh cuti Hari Kebangsaan tahun ini, jumlah penjualan dalam pasaran penggunaan meningkat dengan stabil dan pesat, antaranya produk hijau, bidang kesihatan dan produk pintar menyaksikan peningkatan jualan yang ketara.

Prestasi yang makmur yang ditunjukkan dalam “minggu emas” lalu  merupakan isyarat penting bagi pemulihan dan pertumbuhan ekonomi China. Menurut rekod berkenaan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada setengah tahun pertama tahun ini meningkat 5.5% berbanding tempoh sama pada tahun lalu, sekali gus kekal menduduki tangga teratas dalam ranking entiti ekonomi utama di dunia.

China mempercepat langkah dalam pengeluaran sektor perindustrian dan perkhidmatan, hasil pelaksanaan siri dasar dan langkah yang bertujuan merangsang permintaan domestik, memperkukuh keyakinan dan mencegah risiko sejak bulan Ogos lalu. Selain itu, permintaan domestik terus bertambah dan ekonomi nasional berkembang semula ke arah yang baik. Contohnya, Indeks Output Komposit Indeks Pengurus Pembelian (PMI) sektor industri pembuatan China bagi bulan September yang dikeluarkan baru-baru ini, sudah melantun untuk empat bulan berturut-turut, malah buat pertama kalinya kembali ke julat pengembangan sejak bulan April lalu.

The Wall Street Journal dalam laman sesawangnya melaporkan bahawa sempena negara Eropah dan Amerika Syarikat masing-masing menaikkan kadar faedah yang terbukti sudah membebankan kalangan pengguna dan sektor korporat, ekonomi China menunjukkan prestasi yang rancak dan turut membawa sinaran harapan kepada ekonomi dunia. Agensi antarabangsa termasuk Citigroup dan Goldman Sachs sudah pun masing-masing menaikkan unjurannya terhadap pertumbuhan ekonomi China sepanjang tahun ini.

Boleh dijangka, dengan terlaksana dasar untuk memastikan pertumbuhan dengan stabil, lebih banyak isu positif akan dikeluarkan dalam perkembangan ekonomi China, sekali gus mendorong pemulihan ekonomi sejagat.