Dari Cetak Biru ke Pelan Tindakan - Episod 04: Tren Bergerak Laju di Pampas

2023-10-08 19:09:36  CRI
Share with:

Terletak di tenggara benua Amerika Selatan, Argentina antara negara yang paling jauh dari China.

Pada Julai 2023, sebuah tren bergerak di landasan kereta api kargo Belgrano membawa produk pertanian Argentina ke pelabuhan, kemudian dijual ke pelbagai tempat di dunia.

Ramai yang tidak tahu bahawa lokomotif, rel keluli dan ranjang landas digunakan laluan itu adalah berasal dari China yang sejauh 20,000 kilometer.

Dalam tempoh lawatan ke Argentina pada 2014, Presiden Xi Jinping menyaksikan upacara pecah tanah projek pengubahsuaian rel kereta api kargo Belgrano melalui pautan video. Ini adalah projek kerjasama penting China-Argentina dalam bidang pengangkutan di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Bagi insan yang mempunyai aspirasi sama, waima gunung dan lautan pun tidak dapat memisahkan mereka.

Pepatah Amerika Latin pula berbunyi, “Sahabat sejati boleh menyentuh hati nurani anda walau berada di mana jua."

Jalinan persahabatan antara kedua-dua negara akan terus menghimpunkan tenaga untuk menggerakkan usaha sama berorientasikan BRI.