Lebih 1,100 Orang Maut dalam Konflik Palestin-Israel

2023-10-09 11:36:58  CRI
Share with:

Beberapa media Israel pada malam Ahad melaporkan bahawa lebih 700 warga Israel terbunuh dalam konflik Palestin-Israel yang menjadi meruncing mutakhir ini.

Pada masa sama, jabatan kesihatan Palestin di Genting Gaza mendakwa bahawa serkurang-kurangnya 413 orang maut dan 2,300 lagi cedera dalam serangan yang dilakukan tentera Israel.

Menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh jabatan perubatan Israel pula, lebih 2,200 warga Israel cedera dalam konflik tersebut. Pejabat Penerangan kerajaan Israel melalui ciapan di media sosial berkata lebih daripada 100 tebusan telah dibawa ke Genting Gaza.