AS akan Tambah Penempatan Tentera di Asia Barat

2023-10-09 13:51:19  CRI
Share with:

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd J. Austin mengeluarkan kenyataan pada Ahad yang berbunyi negara itu akan mengambil langkah-langkah untuk menambah penempatan tentera di Asia Barat. 

Menurut kenyataan tersebut, kumpulan bertempur kapal induk USS Gerald R. Ford akan berlepas ke kawasan timur Mediterranean, di samping meningkatkan daya tempur jet F-35, F-15, F-16 dan A-10 di wilayah itu. 

Selain itu, kerajaan AS akan memberikan kelengkapan ketenteraan termasuk senjata kepada tentera pertahanan Israel dengan seberapa segera yang mungkin. Kumpulan pertama bekalan itu akan dihantar pada Ahad dan dijangka tiba di Israel dalam beberapa hari.