Sukan Asia Hangzhou, Hadiah China untuk Dunia

2023-10-09 15:55:52  CRI
Share with:

“Sukan Asia kali ini amat berjaya dan hebat, ia akan tetap dalam kenangan saya.” Pemangku Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA), Raja Randhir Singh mengatakan demikian ketika berucap pada majlis penutup Sukan Asia ke-19 di Hangzhou pada malam 8 Oktober lalu.

Menurutnya, dengan penganjuran yang teliti pihak China, jumlah atlet, penetapan acara dan skala keseluruhan Sukan Asia edisi ini masing-masing membaharui rekod temasya sukan itu. Sementara itu, rekod dunia dibaharui sebanyak 15 kali, rekod Asia dibaharui 37 kali dan rekod temasya sukan itu dibaharui 170 kali.

Melalui platform Sukan Asia di Hangzhou, rakyat dari pelbagai negara melintas perbezaan wilayah, kaum dan budaya dan berjaya menjalin hubungan persahabatan yang erat dan mendalam.

Ini kali pertama konsep penganjuran "pintar" dikemukakan dalam temasya sukan tersebut. Melalui Sukan Asia di Hangzhou, rakyat di dunia menyaksikan China yang moden dan mencapai inovasi dalam pelbagai bidang. 

Platform perkhidmatan menonton pertandingan digital sehenti yang pertama dalam sejarah Sukan Asia, upacara menyalakkan obor digital pertama, “Sukan Asia awam” pertama, internet pembayaran mudah alih pertama... Kesemua ini menjadikan Sukan Asia di Hangzhou sebagai Sukan Asia yang taraf pendigitalannya paling tinggi. Ini pula mempraktis konsep penganjuran China iaitu "hijau, pintar, jimat dan peradaban".

"Heart to heart, @future", slogan Sukan Asia Hangzhou mencerminkan suara bersama rakyat Asia. Sukan Asia di Hangzhou membina platform bagi pertukaran dan saling belajar antara pelbagai tamadun, menunjukkan keterbukaan dan keinklusifan serta hasrat China untuk membangun bersama dan membina kesalinghubungan dengan pelbagai negara di Asia.