2,445 Orang Disahkan Maut dalam Gempa Bumi di Afghanistan

2023-10-09 11:09:00  CRI
Share with:


Pegawai negeri Herat, barat Afghanistan pada malam 8 Oktober mengesahkan bahawa seramai 2,445 orang maut dalam gempa bumi yang melanda kawasan barat laut negara itu pada 7 Oktober.

Menurut akaun rasmi Istana Presiden Afghanistan, kerajaan sementara telah memperuntukkan 100 juta afghanis (RM5 juta) untuk membantu mereka yang terjejas dalam gempa bumi. 

Dalam pada itu, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk membantu mangsa gempa bumi dan berusaha untuk mengatur rawatan perubatan dan menyediakan bantuan lain yang diperlukan kepada mangsa dengan secepat mungkin.