Dari Cetak Biru ke Pelan Tindakan - Episod 05: Doktor China di Afrika

2023-10-09 20:21:49  CRI
Share with:

Congo (Brazzaville) yang terletak di bahagian tengah dan barat Afrika, merupakan salah satu negara paling ketinggalan di benua itu. Hospital Persahabatan Sino-Congolese yang dibina atas bantuan China terletak di kawasan luar bandar Brazzaville Barat. Dalam tempoh sedekad lalu, ia menjadi

hospital paling popular di negara itu.

Kadar tinggi menghidap penyakit mata di Congo (Brazzaville) berpunca dari sinar ultraviolet yang kuat di kawasan khatulistiwa. Akan tetapi, jumlah doktor yang berkeupayaan melakukan pembedahan di negara itu boleh dikira dengan jari. Dengan sokongan projek "Hospital Mentor-mentee" China, Pusat Oftalmologi Hospital Persahabatan Sino-Congolese berjaya ditubuhkan, dan sejak itulah tidak pernah ketandusan kunjungan pesakit sehingga cepat menjadi bahagian yang paling sibuk di hospital it.

Ketika menjalankan lawatan ke Republik Kongo pada 30 Mac tahun 2013, Presiden Xi Jinping pernah beramah mesra dengan skuad perubatan China yang bertugas dalam misi bantuan luar, dan mentafsirkan semangat skuad perubatan China dengan perkataan seperti berikut “mengharungi kesukaran, bersedia berdedikasi, menyelamatkan nyawa dan membantu yang cedera, serta mendermakan kasih sayang tanpa sempadan”.

Bantuan luar dalam bidang perubatan adalah satu komponen penting dalam pembinaan “Jalan Sutera Kesihatan”. Dalam tempoh sedekad lalu, China pernah menghantar skuad perubatan yang terdiri daripada seramai lebih 6 ribu orang ke 58 buah negara dan memberi perkhidmatan rawatan kepada lebih 22 juta orang pesakit tempatan. Misi bantuan luar dijalankan dari generasi ke generasi, dan pernah menyaksikan munculnya keajaiban satu demi satu di sebalik persekitaran tempatan yang susah. Ramai anggota skuad perubatan yang bersemangat dermawan sudah menjadi “orang yang paling disukai” dalam masyarakat tempatan.

Semasa ini, skuad perubatan China sedang bersungguh-sungguh menjalankan misinya di 115 buah pusat rawatan di 56 buah negara.