Rusia dan Liga Arab Bincang Situasi Asia Barat

2023-10-10 14:51:14  CGTN
Share with:

Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov bertemu dengan Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit di Moscow pada 9 Oktober.

Lavrov menyatakan bahawa pihak Rusia dan Liga Arab akan bekerjasama demi mewujudkan keamanan berkekalan di rantau Asia Barat dan memastikan keselamatan semua pihak terjamin di kawasan itu, termasuk negara Palestin. 

Lavrov juga menegaskan bahawa konflik antara Palestin dan Israel mesti dihentikan dengan serta-merta dan masalah berkaitan dengan keselamatan orang awam mesti ditangani dengan baik.