Dari Cetak Biru ke Pelan Tindakan - Episod 06: Jambatan Impian

2023-10-10 21:45:50  CRI
Share with:

Memiliki sebuah jambatan laut yang boleh menghubungkan ibu kota Malé dengan pulau-pulau di sekitarnya merupakan satu impian rakyat Maldives dari generasi ke generasi. Namun, jambatan laut berdasarkan terumbu karang di perairan dalam tidak pernah dibina di dunia.

Pada Semptember tahun 2014, ketika Presiden Xi Jinping mengadakan lawatan ke Maldives, kedua-dua negara berunding untuk membina satu jambatan laut dan mencadangkan namanya sebagai Jambatan Persahabatan China-Maldives. Demi mencatat saat pembinaan jambatan ini, artis Ali Amir mahu menghasilkan satu mural sepanjang 50 meter yang mencerminkan ketekunan dan ketelitian pembina China. 

Melalui kerja selama dua tahun dan lapan bulan, jambatan laut yang pertama di Maldives siap dibina pada 30 Ogos tahun 2018.

Jambatan baharu yang menyambungkan tiga pulau kecil yang terpisah itu, berperanan memastikan kelancaran pengangkutan bagi pembangunan ekonomi di ibu negara Maldives. Sekarang, Ali Amir sekali lagi mengangkat berusnya untuk menghasilkan satu lukisan baharu sempena ulang tahun kelima pengoperasian Jambatan Persahabatan China-Maldives.