Revolusi 1911 Kenangan Bersama Bangsa China

2023-10-11 15:05:00  CRI
Share with:

Ini gambar yang Satria ambil di Lapangan Tian’anmen Beijing semasa cuti Hari Kebangsaan. Lukisan potret Sun Yat-sen yang bersaiz besar kelihatan gah di tengah-tengah Lapangan Tian’anmen sebab beliau dihormati sebagai “pelopor revolusi demokratik China”.

 

Pada 10 Oktober 1911, kempen revolusi yang dipimpin oleh Sun Yat-sen menggulingkan Dinasti Qing(tahun 1616 hingga 1911) dan akhirnya menubuhkan kerajaan republik di China. Dahulu, 10 Oktober ditetapkan sebagai hari kebangsaan Republik China. Bagaimanapun, setelah Republik Rakyat China menggantikan kerusi Republik China di PBB pada tahun 1971, masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf Republik China lagi. 10 Oktober menjadi Hari Peringatan Revolusi 1911 di Tanah Besar China.

 

Walau bagaimanapun, disebabkan penyatuan negara China terganggu oleh tentera Amerika Syarikat, 10 Oktober masih disambut sebagai hari kebangsaan Republik China di Pulau Taiwan.

 

Perbezaan antara Republik Rakyat China (PRC) dengan Republik China  (ROC) umpama pemerintah baharu telah menggulingkan pentadbiran dinasti lama. Tetapi ada segelintir keturunan diraja dinasti lama tidak mahu mengakui kegagalan dan menyerah kalah lalu melarikan diri ke sebuah pulau.  Puak ini masih menganggap diri sebagai “Raja” untuk seluruh negara.

 

Namun, kedua-dua pihak ada persepakatan, iaitu negara China tidak boleh dipisahkan. Tradisi orang China amat mementingkan konsep “tanah yang ditinggalkan oleh nenek moyang, tidak boleh hilang sedikit pun dari tangan diri”.

 

Pihak yang hingga sekarang masih tidak mahu mengakui kegagalan itu adalah Parti Kuomintang yang ditubuhkan oleh Sun Yat-sen pada 1912 dan melarikan diri ke Pulau Taiwan pada tahun 1949.

 

Namun, perkembangan terkini adalah “pemimpin Taiwan”, Tsai Ying-Wen yang terus menggalakkan apa yang dikatakan “kemerdekaan Taiwan” bahkan mengubah hari kebangsaan Republik China menjadi hari kebangsaan Taiwan. Ini tidak dapat diterima oleh Tanah Besar, dan juga telah melanggar “Perlembagaan” Republik China yang menafikan adanya "negara Taiwan".

 

Bekas pemimpin Taiwan, yang juga bekas pengerusi Parti Kuomintang di Taiwan, Ma Ying-jeou mengeluarkan kenyataan yang secara keras mengecam niat jahat Tsai Ying-Wen untuk menggalakkan “kemerdekaan Taiwan”. Oleh itu, beliau telah menolak menghadiri majlis sambutan yang diadakan semalam.

 

Apa yang lucu, Tsai yang selalu menafikan hubungan Taiwan dengan Tanah Besar, bahkan menyifatkan sejarah China sebagai sejarah asing, masih memilih hari yang berlakunya Revolusi 1911 China yang dipimpin oleh Sun Yat-sen sebagai hari kebangsaan Taiwan. Ini ibarat menutup mata sambil mencuri barangan orang lain dan berfikir tindakan itu tidak ketahui oleh orang lain.

 

Untuk rekod, Kuomintang yang ditubuhkan oleh Sun Yat-sen beransur-ansur lemah akibat rasuah setelah Revolusi 1911. Untuk menyuntik semangat baharu, Sun Yat-sen mengundang semua anggota Parti Komunis China agar menganggotai Kuomintang pada tahun 1924. Sasaran perjuangannya untuk menyatukan China dengan membangunkan demokrasi, hak rakyat dan kesejahteraan rakyat pula diwarisi dan diwujudkan oleh Parti Komunis China dengan menubuhkan Republik Rakyat China serta mewujudkan kebangkitan semula negara ini di arena antarabangsa.