BRI Beri Manfaat kepada Dunia dalam Sedekat Lalu

2023-10-11 15:34:44  CRI
Share with:

Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) ke-3 akan diadakan di Beijing minggu depan. Setakat ini, wakil dari lebih 130 buah negara dan lebih 30 organisasi antarabangsa telah mengesahkan penyertaan mereka dalam forum itu. 

Pembinaan bersama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dalam sedekad lalu telah melakar hasil cemerlang, sekali gus memberikan limpahan manfaat kepada dunia. 

Pada sepuluh tahun dahulu, Presiden China Xi Jinping menganjurkan pembinaan Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21. Sehingga akhir Jun 2023, lebih 150 negara dan lebih 30 organisasi antarabangsa telah menandatangani lebih 200 dokumen kerjasama BRI. Beberapa projek penting seperti Kereta Api China-Laos, Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung dan Pelabuhan Piraeus telah disiapkan dan beroperasi. Pada masa sama, China telah menandatangani 21 perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan 28 negara dan kawasan, manakala jumlah import dan eksport antara China dan negara terlibat merekodkan USD19.1 trilion.

Pembangunan adalah kunci bagi menyelesaikan semua masalah. Sejak BRI dianjurkan, ia membimbing pembangunan ekonomi ke dalam penambahbaikan kesejahteraan rakyat termasuk pembinaan prasarana demi mewujudkan pembangunan bersama. Sebagai contoh, Kereta Api China-Laos telah mengambil lebih 3,500 pekerja tempatan Laos sejak ia dilancarkan pada Disember 2021, dan secara tidak langsung menambah lebih daripada 100,000 peluang pekerjaan dalam sektor logistik, pengangkutan, perdagangan dan pelancongan.

Sepanjang sepuluh tahun yang lalu, pembinaan bersama BRI telah mencapai pembangunan menyeluruh dan seimbang dari segi konsep kerjasama, mekanisme kerjasama, dan tindakan pragmatik, yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat semua negara terlibat.

Ambil pengurangan kemiskinan sebagai contoh. Laporan penyelidikan oleh McKinsey mendapati bahawa 89 peratus pekerja di syarikat China di Afrika adalah warga tempatan, dan pelaburan China itu banyak mendorong pekerjaan untuk penduduk tempatan. 

Bank Dunia meramalkan bahawa menjelang tahun 2030, pelaburan yang berkaitan dengan BRI dijangka akan membawa 7.6 juta orang keluar daripada kemelut kemiskinan tegar, dan 32 juta orang keluar daripada kemiskinan sederhana.

Lebih penting lagi, inisiatif ini telah meningkatkan persefahaman dan komunikasi antara rakyat di negara terlibat, dan menggalakkan pertukaran dan saling belajar antara pelbagai tamadun. 

Ketika konflik geopolitik berterusan dan pemulihan ekonomi dunia lembap, nilai inisiatif BRI lebih menonjol dan ia akan menyediakan peluang baharu kepada China bahkan dunia.