Angka Korban dalam Konflik Palestin-Israel Meningkat kepada Lebih 2,100

2023-10-11 10:54:19  CRI
Share with:

Konflik Palestin-Israel pusingan baharu telah meragut lebih 2,100 nyawa setakat ini.

Menurut laporan media Palestin, siren amaran dibunyikan di kawasan sekitar Genting Gaza pada awal pagi 11 Oktober waktu tempatan, sebelum serangan udara dilancarkan tentera Israel ke atas beberapa sasaran di Gaza.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa organisasi utama di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam sidang akhbar yang diadakan di Geneva pada 10 Oktober berkata, konflik Palestin-Israel pusingan baharu telah menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda yang serius. Mereka menyeru pihak-pihak berkaitan agar menghentikan semua aktiviti kekerasan yang menyasarkan rakyat jelata yang tidak berdosa.