Dari Cetak Biru ke Pelan Tindakan - Episod 07: Perantis Asing Luban

2023-10-11 22:49:22  CRI
Share with:

Bengkel Luban yang dinamakan dengan Luban, tukang kayu yang tersohor pada zaman purba China, membawa pengalaman dan peralatan pendidikan vokasional yang maju ke Djibouti untuk membantu golongan muda tempatan menguasai lebih banyak kemahiran. Pada September tahun 2018, Presiden Xi Jinping mengumumkan pada Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika di Beijing bahawa China akan "menubuhkan 10 Bengkel Luban di Afrika untuk menyediakan latihan kemahiran vokasional kepada pemuda Afrika."

Setakat ini, Bengkel Luban kendalian institusi pendidikan tinggi (IPT) China dilaporkan beroperasi di lebih 20 buah negara di Asia, Afrika dan Eropah untuk tujuan pembinaan bersama. Platform pertukaran dan kerjasama antarabangsa mengenai pendidikan vokasional yang berunsurkan ketukangan China ini menjadi semakin terkenal dalam senario global.