Liga Arab Seru Palestin, Israel Wujudkan Gencatan Senjata

2023-10-12 16:49:37  CRI
Share with:

Mesyuarat tergempar peringkat menteri luar Majlis Liga Arab diadakan di ibu pejabatnya di Kaherah pada Rabu untuk membincangkan situasi Palestin-Israel yang semakin meruncing sejak mutakhir ini. 

Dalam mesyuarat itu, Setiausaha Agung Liga Arab Aboul Gheit menyeru kedua-dua pihak agar mewujudkan gencatan senjata dengan serta merta, dan mengawal diri dengan sedaya upaya.

Menteri-menteri luar dalam mesyuarat itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pembunuhan dan keganasan kedua-dua pihak konflik terhadap rakyat jelata. Mereka menekankan bahawa pelbagai pihak yang terlibat harus memberikan perlindungan yang mustahak kepada rakyat jelata serta melepaskan semua tawanan dan rakyat jelata yang ditahan.