Kehadiran Kapal Induk AS akan Burukkan Situasi Palestin-Israel

2023-10-12 14:06:09  CRI
Share with:

Sejak konflik Palestin-Israel pusingan baharu tercetus, Amerika Syarikat (AS) terus meruncingkan ketegangan situasi dan memberikan sokongan ketenteraan kepada Israel. 

Pada 10 Oktoebr, kumpulan pertama senjata dari AS telah dihantar ke Israel dan kumpulan bertempur kapal induk juga telah tiba di perairan di sekitar. 

Pada 11 Oktober, Setiausaha Negara Antony Blinken berlepas ke Israel untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai negara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa kehadiran kapal induk AS di rantau itu adalah untuk memburukkan situasi.

Beliau menegaskan bahawa Rusia menyokong teguh keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai penubuhan negara Palestin yang berdaulat.

"Terdapat banyak mekanisme yang dapat membantu penyelesaian konflik Palestin-Israel, tetapi AS langsung mengabaikan mekanisme itu. 

"Negara itu telah menempatkan kumpulan bertempur kapal induk pertama ke kawasan timur Mediterranean dan merancang untuk menghantar kumpulan kedua. Tindakan tersebut tiada apa-apa manfaat bagi penyelesaian konflik Palestin-Israel." kata Putin.