Dari Cetak Biru ke Pelan Tindakan - Episod 08: Duta Besar Kopi Rwanda

2023-10-12 22:17:11  CRI
Share with:

Ketika mengadakan lawatan di Rwanda pada bulan Julai tahun 2018, Presiden China, Xi Jinping bersama dengan pemimpin negara tuan rumah menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama dua hala yang melibatkan pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), antaranya termasuk sektor e-niaga. Beberapa bulan kemudian, kacang kopi berjenama "Gorila" mula dijual ke China melalui platform e-niaga, dan juga dipamerkan dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi pertama yang turut memukau peminat China dalam bilangan yang semakin besar.

Tertarik dengan ekonomi digital yang berkembang pesat di China, Duta Besar Rwanda, James Kimonyo bertindak memperkenalkan produk domestiknya ke China, dan ikrar membina satu jambatan untuk pertukaran dan kerjasama kedua-dua negara.

China dengan aktif membantu negara Afrika termasuk Rwanda untuk mengembangkan ekonomi digital demi menyediakan momentum baharu kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi tempatan. Seiring dengan pelaksanaan BRI, negara pedalaman Afrika yang kecil dan padat penduduknya ini, sudah menjadi antara entiti ekonomi yang berkembang paling pesat di benua itu, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)nya meningkat 8.2% pada tahun 2022.