UNHRC Lulus Resolusi mengenai Penggalakkan dan Perlindungan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya

2023-10-13 13:36:20  CRI
Share with:

Sesi ke-54 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan resolusi mengenai penggalakkan dan perlindungan hak ekonomi, sosial dan budaya dalam konteks penghapusan ketidaksamarataan, pada Khamis. 

Resolusi yang dikemukakan bersama oleh China, Bolivia, Mesir, Pakistan dan Afrika Selatan tersebut mendapat sokongan meluas daripada negara membangun dengan 80 negara ikut sebagai pengusul bersama. 

Wakil dari negara-negara membangun ketika berucap pada sesi UNHRC itu menyatakan bahawa resolusi itu memberi reaksi kepada seruan untuk meningkatkan peruntukan dalam hak ekonomi, sosial dan budaya serta membina orde antarabangsa yang adil dan inklusif. 

Mereka menyatakan, resolusi itu bersesuaian dengan arus perkembangan sistem hak manusia pelbagai hala dan bermanfaat bagi pembangunan usaha hak asasi manusia antarabangsa untuk jangka masa panjang. 

Wakil Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS), Perancis, dan Jerman menzahirkan penghargaan atas usaha China di samping menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai rundingan terbabit.