Ternak Ikan di Sawah Padi Bawa Hasil Lumayan di Guizhou

2023-10-13 13:08:25  CRI
Share with:

Kaunti Liping di provinsi Guizhou giat memperkasakan penanaman padi, di samping menggalakkan petani menternak ikan di sawah padi.

Najis ikan boleh membekalkan nutrien kepada padi, manakala bunga padi dan bijirin yang gugur ke dalam air sawah pula boleh menjadi makanan ikan. Cara ini bukan sahaja memangkinkan kitaran ekologi, malah membawa hasil lumayan kepada petani tempatan.