BRI, Demi Dunia yang Lebih Baik

2023-10-13 16:35:51  CRI
Share with:

Pada kira-kira 2000 tahun yang lalu, Maharaja Dinasti Han mengutuskan Zhang Qian ke barat sejauh Persia (Iran) dan membawa sutera, teknologi irigasi dan logam China ke negara-negara Asia Barat. Manakala pelbagai produk pertanianmuzik dan tarian dari kawasan tersebut dibawa balik ke China.

 

Kira-kira 1000 tahun yang lalu pula, pelabuhan Quanzhou, Guangzhou dan Ningbo penuh dengan kapal pedagang dari Asia Barat. Di Quanzhou, pedagang dari Siraf (Iran) membina Masjid Qingjing dengan meniru seni bina Masjid Damask. Di Baghdad pula diwujudkan “Pasar China” yang khusus menjual produk dari China.

 

Seterusnya, pada awal abad ke-15, Laksamana Cheng Ho membawa armada belayar jauh sehingga ke pantai timur Afrika. Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat keadaan ini sebagai menggalakkan dunia memahami globalisasi dan trend pengantarabangsaan.

 

Inisiatif Jalur dan Laluan bukan konsep yang dicipta oleh China, tetapi hasil kecemerlangan pertukaran perdagangan, teknologi, budaya, serta agama di peringkat antarabangsa sejak zaman purba.

 

Dalam Jalur dan Laluan, Chang’an, Samarkand, Baghdad, Damask, Baitulmuqaddis,  Konstantinopel, Rom dan pelbagai bandar yang lain, makmur seperti mutiara dalam tamadun umat manusia.

 

Namun, seiring dengan Age of Exploration, kapal Eropah membawa balik emas dari benua Amerika dan hamba dari Afrika. Cara globalisasi berubah kepada penjajahan dan perampasan. Dengan harta yang jauh lebih banyak diperoleh dengan cara iniEropah menjadi pusat dunia.

 

Bagaimanapun, globalisasi yang dikawal oleh Eropah dan seterusnya Amerika Syarikat tidak membawa kemakmuran yang sama rata seperti dahulu. Pelbagai “mutiara” dalam kawasan terlibat Inisiatif Jalur dan Laluan kehilangan cahayanya.

 

Negara kaya menjadi semakin kaya. Sebaliknya majoriti negara yang lain di dunia semakin miskin. Bahkan Baghdad, Damask, Baitulmuqaddis dan beberapa hab penting dalam Inisiatif Jalur dan Laluan hancur.

 

Situasi dan peraturan ekonomi global dikawal dan ditetapkan oleh segelintir negara tertentu, yang menyebabkan hasil pembangunan globalisasi dinikmati oleh hanya segelintir negara tertentu perlu diubah.

 

Sebagai penggerak globalisasi dan trend pengantarabangsa dunia, China berusaha memberi sumbangan kepada globalisasi ekonomi dan juga mendapat faedah daripada proses ini.

 

Bagaimanapun, China juga berpendapat globalisasi ini patut menjadi lebih terbuka, inklusif, membawa faedah kepada semua, seimbang dan juga bersifat samamenang.

 

China mengemukakan inisiatif ini demi pembangunan diriserta pembangunan dunia. Inisiatif ini untuk membangunkan kenangan kita terhadap zaman yang paling cerah dalam tamadun manusia, utusan, pedagang dan kapal kargo yang berdagang antara pelbagai bandar yang sama makmur.

 

Pemulihan kemakmuran ekonomi pelbagai negarayang

terlibat dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan bahkan di majoriti negara membangun mendorong kita berusaha bersama-sama membina satu dunia yang kekal damai dan selamat, sama makmur, terbuka, inklusif, bersih dan indah. Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan akan terbina.