Dari Cetak Biru ke Pelan Tindakan - Episod 09: Impian Hijau Arab Saudi

2023-10-13 22:49:16  CRI
Share with:

Pada Januari 2016, Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan ke Arab Saudi atas undangan Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud. Dalam lawatan yang bermakna besar dalam sejarah ini, kedua-dua negara bersetuju meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaa strategi pembangunan, dan bersama merancakkan kerjasama di bawah rangka pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Pada tempoh tujuh tahun lalu, kerjasama China-Arab Saudi berkembang pesat atas dorongan ketua negara kedua-dua pihak. Xi mengadakan lawatan ke Arab Saudi sekali lagi pada Disember tahun 2022.

Dalam pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, Presiden Xi menyatakan bahawa China menyokong siri inisiatif pembangunan Arab Saudi yang penting termasuk "Wawasan 2030" dan "Asia Barat yang Hijau", bersedia dengan aktif mengambil bahagian dalam usaha pengindustrian Arab Saudi, dan menyokong pembangun ekonomi Arab Saudi ke arah yang pelbagai.

Arab Saudi pernah mempunyai hubungan dengan China melalui jalan sutera pada zaman purba. Seiring dengan pelaksanaan BRI yang menganjurkan pembinaan bersama pada masa ini, hasil kerjasama China-Arab Saudi yang melimpah boleh didapati di oasis, laut dan angkasa dengan merangkumi projek infrastruktur awam Laut Merah, zon kluster industri Gizan, telekomunikasi 5G, tinjauan terhadap bulan, arkeologi dan pertukaran sosiobudaya. Persahabatan China-Arab Saudi yang kekal abadi selama lebih seribu tahun, telah membawa unsur dinamik ke padang pasir yang sejahtera ini.