3,200 Maut dalam Konflik Palestin-Israel

2023-10-14 14:34:59  CRI
Share with:

Lebih 3,200 orang maut dalam konflik Palestin-Israel pusingan terbaharu, antaranya termasuk 1,900 penduduk di Genting Gaza. 

Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric pada Jumaat berkata, bekalan bahan PBB di Genting Gaza sudah kehabisan. 

Selain itu, perkhidmatan kesihatan asas dan bekalan air hampir lumpuh di kawasan itu, berikutan gangguan bekalan elektrik sepenuhnya sejak 11 Oktober. 

Sementara itu Program Wanita PBB (UN Women) menganggarkan bahawa kira-kira 5,500 ibu mengandung di Genting Gaza akan bersalin dalam beberapa bulan akan datang, dan mereka juga menghadapi kekurangan sumber.