Jalan Menuju ke Kemakmuran - Episod 2: Melintasi Bukit dan Menyeberangi Laut

2023-10-14 13:31:16  CRI
Share with:

Pada zaman ini, usaha manusia untuk menyambungkan dunia tak pernah berhenti. Membina jalan di dataran tinggi yang diselimuti salji, memasang kabel di dasar laut. Batas kesalinghubungan manusia dilangkaui satu demi satu.

Walau bagaimanapun, ketidaksambungan masih wujud di dunia ini. Kekurangan jalan di sesetengah Kawasan, ketiadaan landasan kereta api, kekurangan bekalan tenaga elektrik, jurang pembangunan sukar untuk dikecilkan.

Bagaimana menghapuskan halangan kesalinghubungan dan mewujudkan pembangunan seimbang di seluruh dunia?

Pada 26 April 2019, Presiden Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Forum Kerjasama Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Kedua menyatakan: “Membina infrastruktur yang bermutu tinggi, lestari, dan menahan risiko, dengan harga berpatutan dan mampu menanggung adalah bermanfaat bagi pelbagai negara memanfaatkan sumber masing-masing, supaya dapat lebih melibatkan diri dalam rantaian pembekalan, perindustrian dan nilai global, mewujudkan pembangunan Bersama.”

Bervisikan “perjalanan manusia bebas, pengaliran barang licin”, cetak biru kesalinghubungan infrastruktur dari idea menjadi realiti satu demi satu.