Lapangan Terbang Baharu Siem Reap Mula Beroperasi

2023-10-16 12:41:23  CRI
Share with:

Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap Angkor, projek ikonik kerjasama China-Kemboja berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memulakan operasi secara rasmi hari ini.

Ia juga merupakan lapangan terbang antarabangsa pertama yang dibiayai, dibina dan dikendalikan oleh perusahaan China di luar negara.

Lapangan terbang lama Siem Reap terletak hanya lima kilometer dari Angkor Wat, dan gegaran yang berlaku semasa pesawat berlepas dan mendarat boleh memberi kesan tak berbalik kepada tinggalan sejarah itu.

Untuk melindungi warisan budaya dunia itu, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pernah berulang kali mengesyorkan agar kerajaan Kemboja memilih lokasi untuk membina lapangan terbang baharu Siem Reap.