Myanmar Lancar Aktiviti Peringati Ulang Tahun ke-8 NCA

2023-10-16 11:44:21  CRI
Share with:

Satu majlis diadakan untuk memperingati ulang tahun kelapan termeterainya Perjanjian Gencatan Senjata Seluruh Negara (NCA) di Nay Pyi Taw, Myanmar pada Ahad.

Semasa majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Perdamaian dan Perpaduan Nasional, Panglima Besar Perkhidmatan Pertahanan, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing berkata perjanjian itu bukanlah suatu perkara yang mudah dicapai.

Beliau menyeru pihak penandatangan supaya menepati janji dan menjemput mereka yang masih belum memeterai perjanjian berkenaan untuk membubuh tandatangan dan membina keamanan bersama.

Dalam pada itu, utusan khas China bagi hal ehwal Asia, Deng Xijun berkata China sentiasa konsisten menyokong proses damai Myanmar.

"Kami (China) bersedia berperanan konstruktif dalam menggalakkan dialog damai berasaskan penghormatan penuh terhadap kedaulatan Myanmar serta keperluan negara itu," ujar beliau.