Sejumlah Besar Penduduk Gaza Hilang Tempat Berteduh: PBB

2023-10-16 11:30:54  CRI
Share with:

Situasi kemanusiaan di Genting Gaza semakin teruk apabila sebilangan besar penduduk kehilangan tempat berteduh, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) berkata keadaan itu menyusul Israel menggesa penduduk di bahagian utara Gaza berpindah ke selatan.

Setakat Ahad, konflik pusingan baharu antara Palestin dengan Israel telah menyebabkan lebih 4,100 orang terbunuh.