CMG Anjur Sesi Perkenal Hasil Kerjasama Filem dan Televisyen BRI

2023-10-17 14:44:47  CRI
Share with:

Sidang media berkaitan hasil kerjasama filem dan televisyen antarabangsa Jalur dan Laluan yang bertemakan 'Mutual Road, Shared Future' diadakan di Beijing pada Isnin.

Naib Presiden Kumpulan Media China (CMG), Hu Jinjun dalam ucapannya berkata CMG sentiasa aktif menggalakkan kolaborasi mendalam sesama agensi media dan menjalankan kerjasama meluas dengan media antarabangsa dalam bidang perfileman.

CMG juga akan berusaha membina wahana bagi merancakkan pertukaran sosiobudaya, sekali gus menyumbang kepada kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Tayangan perdana global siri dokumentari 'China through the Lenses' terbitan bersama anggota Komuniti Media Jalur dan Laluan (BRMC) turut diadakan secara serentak.

Dokumentari berkenaan merakamkan perubahan dan perkembangan yang berlaku di China menerusi lensa 14 orang jurugambar asing.

Satu pameran menghimpunkan karya video cemerlang yang dipilih melalui Festival Media Visual Belia Antarabangsa juga dilancarkan sebagai pengisian aktiviti itu.

Difahamkan, acara berkenaan dihadiri pegawai kedutaan dan konsulat asing di China termasuk Nicaragua, Thailand, Iran dan Tanzania serta wakil agensi media, filem dan televisyen dari negara-negara terlibat dalam BRI.