Pembinaan Bersama BRI, Semangat Pakatan Getah-Beras pada Era Baharu: Presiden Sri Lanka

2023-10-17 15:16:57  CRI
Share with:

 "Dari Forum Kerjasama Antarabangsa “Jalur dan Laluan” (BRF) edisi pertama pada tahun 2017 dan BRF edisi kedua hingga masa sekarang, situasi dunia sudah mengalami perubahan. Terutamanya wabak COVID-19 telah melakhirkan pengaruh negatif terhadap ekonomi setiap negara. Serentak itu, kami masih menghadapi cabaran dari perubahan iklim, yang menjadikan pembangunan ekonomi hijau semakin mendesak. 

"Banyak negara berpendapatan sederhana dan rendah menghadapi tekanan hutang, malah terdapat negara seperti Sri Lanka yang terperangkap dalami krisis hutang. Berhadapan dengan kesukaran baharu dan cabaran sejagat, kami berharap mencari kaedah penyelesaiannya melalui penglibatan dalam kerjasama antarabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)." 

Demikian ujar Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe dalam satu temu bual eksklusif dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Ketika membicarakan Pakatan Getah-Beras (Rubber-Rice Pact) yang termeterai antara China dan Sri Lanka pada lebih 70 tahun yang lalu, Wickremesinghe berkata, 

“pakatan ini telah memainkan peranan penggalak yang besar bagi pembangunan ekonomi Sri Lanka. Kami telah membebaskan diri daripada belenggu kesukaran melalui bantu-membantu antara satu sama lain. Pada masa itu, Sri Lanka kekurangan beras manakala China memerlukan getah.

“Tujuan kami melibatkan diri dalam pembinaan bersama BRI justeru adalah untuk mewarisi semangat Pakatan Getah-Beras. Kerjasama berkenaan bukan sahaja dijalankan antara Sri Lanka dengan China, banyak negara di dunia telah mencapai perjanjian perdagangan dengan China. Kerjasama dengan China melibatkan bidang perdagangan, dan juga merangkumi pembinaan infrastruktur dan pelaburan. Penglibatan dalam pembinaan bersama BRI merupakan satu permulaan yang baik bagi Sri Lanka dan juga satu fokus kami pada masa akan datang, kata  Ranil Wickremesinghe.

“Saya berharap di bawah kerangka BRI, hubungan perdagangan antara Sri Lanka dengan China dapat diperkukuh terus. Seperti produk China memasuki pasaran kami, produk kami juga dapat dipasarkan di China dengan lebih banyak. Di samping itu, kami berharap menarik lebih banyak pelaburan untuk memacu pembangunan ekonomi kami,” tambah beliau.