CMG Lancar Dokumentari BRI Berbilang Bahasa

2023-10-17 12:34:13  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) melancarkan progam dokumentari berjudul 'A Road to Prosperity' dalam versi pelbagai jenis bahasa pada Isnin.

Presiden CMG Shen Haixiong berkata pelancaran itu dibuat bersempena ulang tahun kesepuluh Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Progam berkenaan memberi pendedahan kepada audiens seluruh dunia mengenai cerita-cerita yang berlaku dalam perjalanan ke arah kemakmuran.

Difahamkan, dokumentari itu dialih suara dalam bahasa Cina, Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia.

Pengaruh meluas BRI dipaparkan menerusi dokumentari berkenaan dengan pengisian lebih menarik seperti cerita usaha sama berorientasikan BRI di 70 buah negara, temu ramah dengan ketua negara dan orang kenamaan dari 20 negara, pakar dan sarjana tempatan dan asing serta ketua institusi antarabangsa.