Xi dan Isteri Anjur Jamuan Rai Tetamu Kehormat BRF

2023-10-18 10:36:45  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan mengadakan majlis jamuan malam bagi meraikan kedatangan tetamu kehormat yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga, pada Selasa.

Xi, bagi pihak kerajaan dan rakyat China menyampaikan ucapan selamat datang kepada tetamu yang menghadiri forum berkenaan.

Presiden itu menerusi ucapannya berkata sejak Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diketengahkan sepuluh tahun lalu, China bersama rakan-rakan BRI menyemarakkan semangat Jalan Sutera yang menjunjung keamanan dan kerjasama, keterbukaan dan keterangkuman, saling belajar serta saling untung.

Sinergi seumpama turut menyumbang kepada kesalinghubungan global, membina platform untuk kerjasama ekonomi antarabangsa dan menambah momentum kepada pertumbuhan ekonomi sejagat.

"Dunia hari ini tak berapa aman dan ekonomi global mengalami tekanan kemerosotan yang semakin meningkat. Pembangunan sejagat berdepan pelbagai cabaran.

"Biarpun begitu, kita yakin bahawa arus sejarah bercirikan aman, membangun, bekerjasama dan sama menang tidak dapat dihalang, begitu juga aspirasi rakyat terhadap kehidupan lebih baik serta keinginan semua negara untuk mencapai pembangunan dan kemakmuran bersama," kata beliau.

Menurut Xi, selagi berteguh mengekalkan niat asal dan misi yang digalas, pembangunan berkualiti BRI akan menyerlahkan semangat sezaman, sekali gus mencipta masa depan yang lebih indah melalui usaha sama.